Hadiri Kesyukuran Di Sebalik Tangisan: Detik Bersejarah Ijab Qobul Khairul Azli & Nur Izzah
Bagaimanapun, yang paling meninggalkan kesan mendalam kepada para hadirin adalah suasana ijab kabul yang berlangsung dengan penuh hidmat dan sayu. Tidak dapat dinafikan, detik pertukaran lafaz janji tersebut mengundang rasa haru yang amat sangat. Bukan sedikit daripada hadirin, termasuk ahli keluarga terdekat, yang kelihatan menitiskan air mata. Bukan air mata kesedihan, tetapi air mata keharuan dan syukur kerana menyaksikan saat puteri kesayangan mereka akhirnya selamat bergelar isteri.
